Kejayaan & Pencapaian

Kejayaan & Pencapian pelajar-pelajar SK Seri Impian Baca Lagi.

Kejayaan SKSI

Sertai Kami di Facebook

Bekas-bekas pelajar SKSI dialukan untuk menyertai kami di facebook

Facebook

Keputusan Peperiksaan

Ibubapa/Waris boleh menyemak keputusan Peperiksaan anak anda di sini

Semak Peperiksaan
KELAS TAMBAHAN TAHUN 4 & 5 BATAL

KELAS TAMBAHAN BAHASA INGGERIS UNTUK tAHUN 4 & 5 DIBATALKAN PADA KHAMIS (10/4/14) INI.

HARAP MAKLUM-

SELAMAT BERCUTI

Isikan masa anda dengan perkara yang berfaedah..

KEJOHANAN RUGBI PERINGKAT NEGERI

Minggu lepas SKSI telah menjadi Tuan Rumah Kejohanan Rugbi MSSPP peringkat negeri. Banyak sekolah telah mengambl bahagian. Sekolah Kebangsaan Seri Impian telah memperolehi tempat ke-3 Negeri. Tahniah!

.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

Kejohanan Merentas Desa dan Sukaneka peringkat sekolah telah dijalankan pada Sabtu lepas.Ramai murid yang mengambil bahagian dalam larian sejauh 3KM ini. Piala Pusingan untuk Johan telah diperolehi oleh Rumah Sukan Impian Maju.

Tahniah.

.

TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada pasukan memanah SK Seri Impian kerana mendapat Tempat Ke-4 Pusingan Olimpik Berpasukan Peringkat Negeri Pulau Pinang dalam Kejohanan Memanah  MSSPP yang berlangsung selama 4 hari di SMK Kampung Selamat.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Link 1bestarinet VLE Frog SK Seri Impian

www.pba0025.1bestarinet.net

Carian ID Yes ibu bapa

Carian ID Yes Murid

KELAS TAMBAHAN TAHUN 4 & 5

KELAS TAMBAHAN BAGI TAHUN 4 & 5 SETIAP

KHAMIS   JAM 1.05-3.05 PTG

    

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Wang bantuan awal persekolahan akan disampaikan kepada semua waris pada:-

HARI : SELASA

JAM: 12.00 TENGAHARI.

PROGRAM SARANA IBUBAPA 2014 & ANUGERAH CEMERLANG 2013

Pada Sabtu lepas, Hari Anugerah Cemerlang bagu Tahun 2013 dan Sarana Ibubapa telah diadakan bertempat di Dewan SMK Guar Perahu Indah. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada murid-murid cemerlang bagi tahun lepas.

Bagi Program Sarana Ibubapa, Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Lutfi.

.

MOTIVASI KETUA /PENOLONG KETUA KELAS

Motivasi Ketua /Pen. Ketua Kelas telah diadakan pada minggu Lepas. Program ini dijalankan bagi memberi maklumat dan motivasi kepada Ketua /Pen. Ketua Kelas yang baharu untuk tahun 2014.

.

MOTIVASI PENGAWAS

Motivasi untuk Para Pengawas sekolah telah dilaksanakan seawal minggu kedua persekolahan. ini bagi memberi motivasi dan pendedahan awal tentang tugas-tugas seoarang Pengawas ekolah

.

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH

Selamat Datang diucapkan kepada semua murid Tahun 1 2014.

.

.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013

TARIKH : 25/1/2014

MASA : 8.00 PAGI

HARI   : SABTU

TEMPAT : DEWAN SEK.MEN. GUAR PERAHU INDAH

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPUTUSAN UPSR ESOK!

KEPUTUSAN UPSR AKAN DIUMUMKAN ESOK. 14 NOVEMBER 2013. KEPUTUSAN DIJANGKA DIUMUMKAN SEKITAR JAM 10.00 PAGI. DIHARAP SEMUA MURID TAHUN 6 BEROLEH KEJAYAAN

TERIMA KASIH

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada para waris kerana telah bersama-sama menjayakan Program Ceriathon Sabtu lepas. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah

GAMBAR

Naib Johan Program LINUS

Sekolah Kebangsaan Seri Impian telah menjadi naib Johan dalam pertandingan Mereka Bahan Bantu Mengajar untuk Program LINUS.

Tahniah.

.

PROGRAM CERIATHON.

Program Ceriathon akan dijalankan pada Sabtu ini ( 9/11/2013).

Semua waris dijemput hadir bagi menjayakan program ini.

TEMPAT KE-2 TILAWAH AL-QURAN.

Mohd Anas Bukhori telah mendapat tempat Ke-2 dalam pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Daerah ang telah diadakan baru-baru ini. Tahniah kepada beliau!

..

/

/

.

Karnival Pra Sekolah Peringkat Kebangsaan

Adik Puteri Adriana Batriysa Bt. Mohd Jamil telah mewakili Pulau Pinang dalam pertandingan  Karnival Prasekolah peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Concorde Shah Alam dan mendapat Hadiah saguhati. Adik Adriana bersaing dengan 16 orang lagi peserta dari seluruh Malaysia.

.

.

/

/

/

/

/////

//

//

//

/

/

PEPERIKSAAN KENDALIAN RENDAH 2

PEPERIKSAAN BERMULA PADA MINGGU INI( 7/10/13 - 11/10/13)

SEMUA MURID DIHARAP BERSEDIA

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada Jumaat lepas. Ada pelbagai aktiviti dijalankan.

.

.

Bacaan Yaasin & Solat Hajat

Bacaan Yaasin dan solat hajat untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada 10, 11 & 12 September ini telah diadakan pada Khamis lepas bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu.

SELAMAT HARI MERDEKA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

 Perkhemahan unit beruniform akan diadakan seperti berikut:-

Tempat: Pendang Lake Resort

Masa: 5 Julai - 6 Julai 2013

SUKANTARA

Acara Sukantara sekolah telah bermula semalam(Isnin, 24.6.13) bagi Tahun 3&4 dan Hari ini (25.6.13) untuk Tahun 5 & 6

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU

Pada Malam 25.6.13 telah diadakan teknik menjawab Bahasa Melayu untuk pelajar SKSI.

.

TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS

Teknik Menjawab Bahasa Inggeris untuk semua pelajar Tahun 6

.

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ

Pada Jumaat lepas telah berlangsung ceramah sempena Israk & Mikraj. Sekolah telah menjemput Ustaz jemputan dari Lunas ,Kedah

KEM BESTARI SOLAT

Kem bestari Solat untuk tahun 1 hingga 5 telah diadakan pada Sabtu lepas.

ACARA AKHIR LOMPAT TINGGI & LONTAR PELURU

Esok Rabu akan diadakan acara akhir Sukan Sekolah bagi acara Lompat tinggi dan Lontar Peluru. Semua peserta diminta bersedia.

PEMANTAUAN PROGRAM I-THINK

Pemantauan Program i-Think esok 14/6/13 akan dijalankan oelh pihak

Jabatan pelajaran Pulau Pinang.

SAMBUTAN HARI GURU SK SERI IMPIAN

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada Isnin (20/5/13) yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Sambutan telah dihadiri dengan YDP PIBG dan ajk-ajk PIBG yang lain.

GAMBAR

PERTANDINGAN DISCOVERY SPELLING

Sek.Keb. Seri Impian telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Discovery Spelling pada 14/5/13 yang lepas.

Semua sekolah daripada kelompok R18 telah mengambil bahagian.

PEMERIKSAAN PENUH JNJK KE SK SERI IMPIAN

Pemeriksaan dijalankan bermula 15 hb April - 19 hb April 2013  

PHOTO

MAJLIS PENYAMPAIAN KWAMP

Majlis Penyampain KWAMP telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En Zakaria B. Othman dan Yang Di pertuan PIBG ,En Abd Ghani B. Jaafar Sekolah Kebangsaan Seri Impian pada Jumaat (12.4.13) lepas.

AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU INI 22/5/13 DIBATALKAN

WAKTU KOKURIKULUM KELAB/PERSATUAN

Waktu Kokurikulum KELAB /PERSATUAN Rabu(20/3/13) ini bermula jam

1.05-2.05 sahaja .

Harap Maklum.

KEM BESTARI SOLAT

Esok Sabtu 9/3/13 akan diadakan Kem Bestari Solat  seperti berikut:-

7.45-9.45 untuk murid tahap 1 dan

10.00- 1.00 ptg untuk Tahap 2

LDP

Sesi LDP telah diadakan pada Khamis 7/3/13 lepas. sesi disampaikan oleh Pensyarah MPPP. Tajuk LDP kali ini adalah HOTS( High Order Thinking Skill).

Semua guru telah menjayakan sesi LDP pada kali ini.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2013/2014

Perasmian MesyuaratP Agung PIBG  kali ke 11 dan Pelancaran Sarana Ibubapa telah dirasmikan  oleh  En Nazari  bin Hj Mohamed  Penolong PPD  SPT  pada  sabtu  2/3/2013 jam 10 pagi.Dalam majlis tersebut beliau juga telah melancarkan program membaca peringkat sekolah.

Tahniah  kepada Ajk-Ajk baharu telah dilantik bagi sesi 2013/2014.

Selamat Bertugas

KELAS MALAM

Semua kelas malam berjalan seperti biasa minggu ini

CUTI TAHUN BARU CINA

Cuti bermula 9 Februari hingga 13 Februari 2013

Sekolah akan dibuka semula pada Hari Khamis 14 Februari

2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAN SUKANEKA SEKOLAH 2013

Kejohanan Merentas Desa dan Sukaneka sekolah telah berlangsung dengan meriahnya pada Sabtu lepas. Murid Tahun 3,4,5 &6 telah menyertai acara merentas desa dan murid Pra sekolah, Tahun 1 dan 2 menyertai acara sukaneka.

MERENTAS DESA SEKOLAH

SABTU

2 FEBRUARI 2013

HARI PENYAMPAIAN HADIAH SESI 2012

Hari Penyampaian Hadiah untuk sesi tahun lepas yang diadakan pada tahun ini bagi bertujuan membakar semangat baharu murid-murid pada awal tahun. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Impian, YDP PIBG , En. Abd Ghani dan tetamu khas, En. Ahmad B. Darus(Pegawai Pelajaran Daerah SPT)

PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6

Perjumpaan Guru Besar dengan semua waris Tahun berjalan dengan lancar pada Sabtu lepas.

Perjumpaan yang bermula jam 8.00 pagi itu bertujuan memberi maklumat mengenai program-program Tahun 6 yang akan dijalankan pada tahun ini.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan telah disampaikan oleh pihak sekolah kepada semua waris Tahun 1 hingga Tahun 6 pada Jumaat lepas.

NAIB JOHAN PENGURUSAN KANTIN BERSIH

Kantin SK Seri Impian telah mendapat tempat kedua dalam pengurusan kantin bersih bagi tahun 2012

NAIB JOHAN SEKOLAH LESTARI

Sekolah Kebangsaan Seri Impian manjadi naib Johan dalam pertandingan  Sekolah Lestari alam sekitar Disember lepas.

MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS

Tuan Guru Besar, En Zakaria B. Othman telah menyampaikan motivasi kepimpinan pengawas kepada semua pengawas sekolah. Sesi diadakan pada hari Selasa 8.1.13.

KURSUS i-THINK.

Kursus i-Think telah diadakan kepada guru-guru pada 31hb Disember 2013 lepas.

kursus diadakan bagi memantapkan lagi sesi pengajaran guru-guru. Kursus akan berterusan pada setiap hari Khamis sehingga selesai modul. Kursus juga akan disampaikan kepada murid-murid.

HARI ORIENTASI TAHUN 1

Hari Orientasi tahun 1 telah diadakan pada Jumaat lepas.

Aktiviti seperti Taklimat Guru Besar kepada waris dan suaikenal murid dijalankan pada hari tersebut

SESI KOKURIKULUM UNTUK TAHUN 2013

HARI RABU MINGGU KEDUA : 1.05-3.05 PTG (UNIT BERUNIFORM)

HARI RABU MINGGU KETIGA : 1.05-3.05 PTG(KELAB/PERSATUAN)

HARI RABU MINGGU KEEMPAT : 4.00-6.00 PTG. (PERMAINAN)

HARAP MAKLUM

PROGRAM JAYA WARIS

Program Jaya Waris akan diadakan pada:

Hari: Rabu

Tarikh : 7 November 2012

Masa: Selepas Solat Magrib

Semua waris dan pelajar dijemput datang

(Tiada Jamuan disediakan)

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM

Perkhemahan unit beruniform SK Seri Impian telah diadakan pada Jumatt dan sabtu lepas. Murid-murid yang mengambil bahagian terdiri daripada murid Tahun 6 & 5.

Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program.

MAKLUMAN

AKTIVITI KOKURIKULUM TIADA PADA MINGGU INI.

SEMUA MURID PULANG JAM 1.05 PTG.

TERIMA KASIH

CERAMAH KESELAMATAN

Ceramah Keselamatan telah disampaikan oleh Ketua Balai Polis Kubang Semang pada Jumaat lepas. Ceramah bertujuan memberi maklumat kepada murid-murid mengenai akibat-akibat jenayah.

BSN 'School Attack'

Program BSN 'school attack' disampaikan oleh pihak Bank Simpanan Nasional. Program ini diadakan bagi menggalakkan murid-murid membuat simpanan wang, khasnya di Bank Simpanan Nasional.

CERAMAH PEMAKANAN SIHAT

Ceramah Pemakanan Sihat telah diadakan untuk murid-murid Tahun 6 dan 5 Sarjana pada pagi ini. Ceramah disampaikan oleh wakil Pejabat Kesihatan Berapit

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM

Perkhemahan Unit Uniform akan dijalankan pada

Hari  : Jumaat / Sabtu

Tarikh  : 19- 20 Oktober 2012


MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan telah berjalan dengan meriahnya pada hari Jumaat lepas. Pelbagai aktiviti seperti nyanyian dan sajak diadakan

.
PERSARAAN CIKGU SHAHROM

 Selamat Bersara kepada Cikgu Shahrom Binti Othman. Semalam telah diadakan majlis persaraan untuk Cikgu Shahrom yang merupakan salah seorang perintis Sek. Keb. Seri Impian. Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama  34 tahun bermula pada tahun 1978 hingga hari ini ,11 September 2012

TERIMA KASIH CIKGU!

Bacaan Yassin Dan Solat Hajat

Bacaan yassin dan solat hajat telah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Taman Guar perahu

Jamuan KFC Murid 5A Peperiksaan Percubaan UPSR

 Seramai 11 orang murid  SKSI  yang telah mendapat  keputusan cemerlang 5A dalam percubaan UPSR  telah diraikan dalam majlis jamuan bersama guru besar di restoran KFC ,Tahniah ..teruskan usaha

Read More
UPSR 2012

 Amanat terakhir daripada guru-guru dan Tuan Guru Besar buat murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR minggu ini.

SELAMAT MAJU JAYA

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MURID TAHUN 6 AKAN DIADAKAN PADA

HARI : KHAMIS

TARIKH: 6 / 9 /2012

TEMPAT: MASJID SAIDINA ABU BAKAR, TMAN GUAR PERAHU

SEMUA WARIS DIJEMPUT HADIR.

.


TAZKIRAH RAMADHAN MINGGU INI

"Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)"

PROGRAM PENGISIAN BULAN RAMADAN

Program Tadarus dan Tazkirah dijalankan bagi mengisi bulan ramadan ini.
Program dijalankan pada setiap pagi dan waktu rehat.

AKTIVITI LUAR DI BULAN RAMADAN

Semua aktiviti luar seperti pendidikan jasmani tidak akan diadakan di luar kelas.

Murid tidak perlu berpakaian sukan sepanjang bulan ini.

SENAMROBIK SERENTAK SATU MURID SATU SUKAN SATU MALAYSIA

SENAMROBIK SERENTAK SATU MURID SATU SUKAN SATU MALAYSIA telah disertai oleh semua murid dan guru SK Seri Impian. Aktiviti selama 30 minit ini bermula jam 8.00 pagi.

.
HARI SUKAN SKSI

Rumah Impian Gagah telah mengungguli Kejohanan Sukan SKSI tahun ini. Banyak acara lain telah berlangsung semasa kejohanan tersebut. Acara waris dan guru juga diadakan bagi memeriahkan lagi Kejohanan

Sambutan Hari Guru peringkat Daerah

Sambutan Hari Guru 2012 peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan pertama kalinya di tempat awam. Sambutan yang dirasmikan oleh Tuan pengarah Pelajaran Pulau Pinang ,Tuan Haji Mohamad Tarmizi diadakan di AEON Jusco Seberang Perai. Ramai tetamu kehormat yang telah hadir untuk memeriahkan sambutan ini.

Sukantara

Acara sukantara sekolah telah berlangsung semalam dan hari ini. Acara yang dijalankan seperti acara 80m,200m, lompat jauh dan lontar peluru. Semua rumah sukan diwajibkan mengambil bahagian.

.

PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1

TARIKH 22 MEI - 25 MEI 2012.

SEMUA MURID DIHARAP BERSEDIA

SAMBUTAN HARI GURU

Hari Guru peringkat sekolah telah disambut dengan meriah hari ini. Selain daripada melihat perutusan secara langsung di tv, pelbagai aktiviti-aktiviti lain telah disertai oleh guru-guru SK Seri Impian.

SELAMAT HARI GURU

HARI KOKURIKULUM

Hari Kokurikulum SK Seri Impian telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Sabtu lepas. pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti jualan, pameran agensi luar, pameran kitar semula, permainan paintball, persembahan, kawad kaki dal lain-lain lagi.

Discovery Spelling

Adik Nur Auni Najwa Bt Zulkiifli telah memperolehi tempat ke -4 dalam Pertandingan Discovery Spelling peringkat Zon yang bertempat di SK Permatang Pauh. Sk Seri Impian telah menghantar 4 orang wakil.

.
TEMPAT KE-3

Pasukan Bola sepak SK Seri Impian telah mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun untuk Zon Permatang Pauh. Pertandingan ini dimenangi oleh SK Bndr Baharu Perda selaku Juara bertahan.

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 13

Pada 31 Mac yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SK Seri Impian kali ke 13. Mesyuarat bermula jam 8.30 ptg dan berakhir sekitar jam 12.00 tgh. Mesyuarat dirasmikan oleh En. Mohd Hassan B. Mohamad ( Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ) Bahagian Pengurusan Sekolah. Majlis Penyampaian Bantuan KWAMP juga telah diadakan. Mesyuarat telah berjalan dengan jayanya.

Read More
PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN MPSP

(28/3/2012) Pihak sekolah telah mengadakan kerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk mengadakan Program Kitar Semula di sekolah bermula jam 11.00 pagi hingga 2.05 ptg.

Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti membuat kompos, larutan air tertapai, mudball dan membuat sabun daripada minyak masak terpakai. Murid-murid telah menyediakan bahan-bahan seperti kulit-kulit buah.

Read More
TEMPAT KE -3

Adik Khairul Aizat telah memperolehi tempat ke -3 dalam Pertandingan Bercerita Tilawah peringkat Zon.

Pendaftaran tahun 1

Tarikh Pendaftaran murid Tahun 1 untuk tahun 2013

telah ditutup.

                                                     

MINGGU ANTI DADAH

Aktiviti hari ini.

Explore Fun Race untuk murid yang dipilih.

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin(5/3/2012). pelancaran diadakan sewaktu Perhimpunan pagi.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti ucapan ringkas oleh Tuan Guru Besar, deklamasi sajak, ikrar dan nyanyian lagu Antidadah. Aktiviti-aktiviti lain akan dijalankan sepanjang minggu ini.

MERENTAS DESA DAN SUKANEKA 2012

Sekolah telah menjalankan aktiviti Merentas Desa dan Sukaneka pada hari Sabtu(3/3/2012) lepas.

Merentas Desa dijalankan untuk murid Taun 3,4,5&6 dan Sukaneka untuk murid Pra sekolah, Tahun 1 & 2. Kedua-dua aktiviti berjalan dengan baik walaupun hari hujan renyai. Jhan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Impian Perkasa.  Tahniah!

KURSUS ASAS TKRS

Guru-guru SK Seri Impian telah menghadiri Kursus Asas TKRS yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Kursus disampaikan oleh Mejar TKRS Anuar Affandi b. Mohd Saad

Kursus ini membolehkan semua guru yang menghadiri menerima tauliah dalam TKRS dengan pangkat Leftenan Muda.

KURSUS KEPIMPINAN

Kursus kepimpinan Pengawas,ketua kelas dan pusat sember telah diadakan pada awal tahun 2012 bagi mempersiapkan murid-murid dari segi sahsiah dan tugas.

Program  dimulai dengan Pengawas Sekolah diikuti dengan Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber/Pengawas Pusat Akses. Kesemua siri kursus kepimpinan dan motivasi disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Impian

CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID TAHUN 6

SK Seri Impian telah menganjurkan ceramah motivasi untuk waris dan murid tahun 6. Ceramah dijalankan pada waktu malam dan dijalankan serentak.

Ceramah motivasi waris diadakan di dewan terbuka sekolah manakala ceramah motivasi murid diadakan di dewan tertutup.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

Sambutan Maulidur Rasul diadakan  secara ringkas oleh pihak sekolah. Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi daripada Sekolah Tahfiz Al- Islah.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah aktiviti nasyid oleh murid tahun 3

WAKTU KOKURIKULUM SESI 2012

 Setiap RABU Jam 1.05-2.05 ptg

TAHNIAH KEPADA 16 ORG PELAJAR SKSI KERANA MENDAPAT 5A
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
  Selamat Menyambut Aidiladha Read More
PELANCARAN BULAN BAHASA

Pelancaran Minggu Bahasa telah diadakan pada hari Isnin, 17 Oktober 2011 jam 1.30 ptg. Majlis pelancaran ini dijalankan sejurus murid-murid tamat menjawab peperiksaann PKSR 2.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti ucapan ringkas dan bacaan ikrar miggu bahasa oleh murid-murid yang diketuai oleh Ketua Murid SKSI

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH TAHUN 6

Program Pemantapan sahsiah untuk murid Tahun 6  sebagai aktiviti lepas UPSR telah diadakan pada 12 & 13 Oktober lepas.

Pada Rabu 12hb, Program Motivasi/Penyuburan Budi disampaikan oleh En. Khairul Anuar b. Che Zakaria(Penolong Pegawai Psikologi, Bahagian Agama dari IPPK PP.

Pada Khamis 13hb, Program Anda Bijak Jauhi Zina dikendalikan oleh Kumpulan Rakan Jaya Motivation Enterprise dari IKRAM PP.
                                                                                          

Futsal 1Murid 1 Sukan

Rabu (1210/2011).Pertandingan Futsal 1 Murid 1 Sukan telah diadakan untuk murid tahun 3,4 dan 5. Pertandingan telah berlangsung bermula minggu lepas. Ia dijalankan pada waktu Kokurikulum
                                                                                           

HARI 'Q'

Jumaat (30/9/2011). Hari bertemu waris telah diadakan hari ini. Aktiviti tahunan ini diadakan bagi membolehkan guru dan ibu bapa membincangkan mengenai pembelajaran anak-anak masing-masing. Perjumpaan dengan waris murid-murid tahun 1 juga diadakan pada waktu yang sama.Perjumpaan ini dibuat oleh Guru Besar bagi menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Kurikulum baru KSSR. Waris boleh membawa pulang anak masing-masing selepas pertemuan.
                                                                                           

Hari Lahir Guru Besar.

Khamis (29/9/2011). Hari ini merupakan Hari Lahir Guru Besar SK Seri Impian. En Zakaria Bin Othman. Hari lahir beliau telah disambut ringkas oleh semua warga SKSI. Diharap panjang umur dan murah rezeki.
                                                                                            

KEJOHANAN BOLASEPAK MSSPP BWH 11 TAHUN.

Sabtu ( 24/9/2011). Pasukan Bolasepak SKSI telah menyertai Kejohanan Bolasepak MSSPP bwh 11 tahun bertempat di SK Taman Inderawasih. Pasukan SKSI telah menjadi Naib Johan Kumpulan dan tewas penalti 4-3 di pusingan kedua di tangan Juara tahun lepas, SK Bandar Baharu Perda
                                                                                                   

PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2

PKSR 2 akan dijalankan pada:-

17 hingga 21 oktober 2011.

Semua murid diharap bersedia..

JADUAL PKSR 2 KLIK SINI

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Rabu (21/9/2011). Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah dijalankan dengan meriahnya hari ini. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti Ucapan perutusan, Bacaan sajak,nyanyian dan lain-lain lagi. Murid-murid telah memberi kerjasama dengan baik.


                                                                                                    

.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN ZAKAT, KWAMP

Majlis khatam al-quran dan penyampaian wang zakat serta KWAP telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis Khatam al-quran diadakan bagi meraikan murid-murid yang telah menamatkan bacaan al-quran. Sumbangan zakat daripada bank rakyat dan individu telah diberi kepada pelajar bersama waris yang telah dipilih.


                                                                                                     

Selamat Hari Raya Aidilfitri

                      

MOTIVASI TAHUN 6

Motivasi untuk murid tahun 6 telah berjaya diadakan pada 25/8/11. Motivasi ini disampaikan oleh MR. Dean iaitu Penutur Program Bahasa Jati yang telah ditugaskan untuk sekolah SK Seri Impian. Diharap dengan motivasi ini dapat meningkatkan lagi pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid SKSI menjelang UPSR yang tidak lama lagi.


                                                                                                      

Perjumpaan Waris Tahun 6

Perjumpaan Waris murid tahun 6 telah diadakan pada hari Jumaat lepas. Perjumpaan bagi Program rasa Hati ini diadakan bagi membincangkan perihal-perihal pembelajaran antara Ayahanda/Bonda dengan waris murid.

Perjumpaan untuk murid-murid lain akan diadakan pada hari Rabu ini.


                                                                                                      

MAJLIS KHATAM QURAN & MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT

Esok (26/8/11) akan diadakan Majlis Khatam Quran dan Penyampaian Zakat kepada murid-murid yang layak oleh Bank Rakyat.

TAHNIAH !

Tahniah diucapkan kepada 22 orang murid yang telah mendapat 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR MGB yang lepas.

Teruskan kecemerlangan anda!


                                                                                                      

UJIAN TAMBAHAN KE SMKA

Semua murid tahun 6 sedang menjalani Ujian Tambahan Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bermula hari ini 9/8/2011

PROGRAM IHYA RAMADAN

Program Ihya Ramadan telah pun dijalankan bermula pada hari Selasa lepas. Pelbagai program dan aktiviti telah disediakan oleh pihak sekolah. aktiviti-aktiviti seperti Tadarus di waktu rehat dan waktu awal pagi, bacaan Al Ma'tsurat dan lain-lain


                                                                                                       

Read More
Ceramah Diambang Ramadan

Ceramah sempena bulan ramadan telah diadakan pada hari Jumaat lepas. ceramah disampaikan oleh Ustaz Amir B. Nasron dari Sungai Petani Kedah. Semua murid dan guru telah mendengar ceramah beliau.


                                                                                                         

Read More
PROGRAM PENINGKATAN BAHASA INGGERIS

Program peningkatan Bahasa Inggeris telah diadakan bagi memahirkan murid-murid dengan bahasa inggeris. Papan aktiviti telah diletakkan dikantin bagi memudahkan murid-murid membuat aktiviti yang kemudianya disemak oleh guru.
                                                                                                         

Program Jalinan P&P Matematik

Program Jalinan P&P Matematik telah diadakan di SK Seri Penanti pada 26/7/2011 jam 2.30 petang.Seramai 30 orang guru matematik dari SK Seri Impian,SK seri Penanti,SK Ptg Tok Kandu,SK Bkt Indra Muda,SK Sg Puyu dan SABK Al-Masriyah telah hadir dalam program ini.Program ini dikendalikan oleh En Ibrahim bin Ariffin Guru Besar SK Seri Penanti (Mantan  Guru Cemerlang Matematik).
                                                                                                        

Read More
Program Peningkatan Bahasa Inggeris

Program peningkatan Bahasa Inggeris telah diadakan bagi memahirkan murid-murid dengan bahasa inggeris. Papan aktiviti telah diletakkan dikantin bagi memudahkan murid-murid membuat aktiviti yang kemudianya disemak oleh guru.
                                                                                                         

Taklimat SAPS

Taklimat Sistem Analisis peperiksaan Sekolah (SAPS) telah dijalankan pada 25/7/2011 yang lepas. Semua guru terlibat dalam sistem permarkahan baharu ini.


                                                                                                         

Berita Kelompok

LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERTENGAHAN TAHUN 2011 Semua Guru B&K Menengah dan Rendah Daerah SPT anda diminta melengkapkan data Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi tempoh Januari hingga 15 Jun 2011. Borang data boleh dimuat turun melalui ruangan muat turun Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (Kaunseling). Data yang lengkap perlu dihantar melalui e-mail ke mar_smart@yahoo.com sebelum atau pada 30 Jun 2011. Marhuzairi Bin Maktar (012-3533697).

 

Msspp - BOWLING PEMBANGUNAN MSSPP 2011 BAWAH 11, BAWAH 14 DAN BAWAH 16...TARIKH 25-27 JULAI 2011, BERTEMPAT DI MEGALANES

 

Data - Perhatian kpd Guru-guru Pemulihan di SK/SJKC/SJKT/SABK/SKPK - Sila muat turun Data Guru Pemulihan Khas Pulau Pinang 2011 PPDSPT di sudut muat turun Unit Pengurusan Sekolah, baca Arahan Pengisian dan lengkapkan Sheet no. 1 hingga 7 pada 'row' sekolah masing-masing.Emelkan data yang lengkap ke pemulihanppdt@gmail.com sebelum atau pada 21 Julai 2011.



Majlis Jasamu Dikenang Pn Hajjah Karimah

Majlis Jamuan Jasamu Dikenang sempena pertukaran naik pangkat sebagai Guru Besar Hajjah Kharimah bt Mutalib telah diadakan pada 16/7/2011 di Impiana Restoren Kulim.Hajjah Kharimah  akan mula bertugas sebagai Guru Besar SK Batu Maung Pulau Pinang mulai 18/7/2011


                                                                                                          

Read More
Tahniah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Tiga orang guru dan seorang staf sokongan Sk Seri Impian telah menerima APC Tahun 2010.Mereka ialah Cikgu Syazrul Razman,Cikgu Noor Azura ,Cikgu Khairul Asmizar  dan Pn Paujiah.Majlis penerimaan APC telah diadakan di Dewan Politeknik Seberang Perai.Tuan Pengarah Pelajaran turut hadir dalam majlis tersebut.


                                                                                                          

Read More
PERCUBAAN UPSR MGB DAN UPTP 2

Hari ini bermula UPTP 2 untuk tahun 1 - 5 dan

Percubaan UPSR MGB untuk Tahun 6 akan bermula.

Semua murid sila menjawab dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh

Jadual 

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK PUTRA, PERLIS

lawatan Penanda Aras Ke SK Putra, Perlis
Klik lihat gambar
SK Seri Impian telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Kali Ke-2 untuk tahun ini. Lawatan dibuat ke Sekolah Kebangsaan Putra, Perlis pada 7/7/2011 sempena cuti Warisan Pulau Pinang.


                                                                                                           

Read More
LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia
Klik lihat gambar
Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia pada Sabtu lepas telah dapat dijalankan dengan jayanya. Peserta larian terdiri daripada murid-murid SKSI,Guru-guru dan waris.

Jamuan PIZA bersama Guru Besar

Jamuan PIZA  Bersama Guru  Besar.
Klik lihat gambar
Tahniah Pencapaian 5A  dalam UP2  .Seramai 10 orang murid tahun 6 yang telah berjaya cemerlang 5A dalam UP 2  telah diraikan  dalam majlis makan PIZA bersama Guru Besar  di PIZAHUNT  Jasco Bandar Baru PERDA patang 26hb Julai 2011.

Read More
.

.

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK TANGGA BATU, MELAKA

lawatan Penanda Aras Ke SK Tangga Batu, Melaka
Klik lihat gambar
Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah SK Tangga Batu kerana sudi menerima lawatan dari SK Seri Impian. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak tuan rumah sepanjang SKSI di sana. Lawatan ini turut disertai oleh SK Permatang To' Kandu.Banyak manfaat telah diperolehi melalui lawatan ini.  Terima Kasih.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLING PADANG SKSI

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLING PADANG

Pasukan boling padang SK Seri Impian telah berjaya mendapat Tempat ke-3 Negeri bagi kategori Pairs dan JOHAN Negeri bagi kategori Triple. Kesemua yang terlibat telah diberi insentif kecemerlangan SKSI

TAHNIAH

TAHNIAH!

Seramai Enam orang murid Tahun 6 telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPTP2 yang lepas. Kesemua murid tersebut akan diberi insentif galakan awal daripada Guru Besar

TAHNIAH KEPADA PASUKAN NASYID SKSI

Tempat ke-3 Pertandingan Nasyid

Tahniah..Pasukan Nasyid SKSI kerana telah mendapat Tempat Ke- 3 Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah.

WAKIL BOLA BALING NEGERI

Wakil Bola Baling Negeri

Tahniah..kepada Nurul Izzah Aliah kerana mewakili Pasukan Bola Baling Peringkat Negeri. Pasukan Negeri telah menjadi Naib Johan.

AKTIVITI PETANG DIBATALKAN PADA MINGGU INI

 

Semua aktiviti latihan rumah sukan pada waktu petang  dibatalkan pada minggu ini.

Semua harap maklum

Kursus Masakan Barat Program Latihan 1 Malaysia

Kursus Masakan Barat Program Latihan 1 Malaysia
Klik lihat gambar
Seramai 20 orang guru dan staf  SKSI  telah mengikuti kursus masakan barat program latihan 1 malaysia  anjuran Kolej komuniti kepala batas pada 18&19 Jun 2011.Kursus diadakan dipusat latihan masakan kolej komuniti taman serdang.Dalam kursus tersebut beberapa masakan barat yang popular seperti Chicken Chop,Mushroom sauce,Coleslaw,Spaghetti Bolongnese,Spaghetti Carbonara,potato salad dsbnya telah dipelajari. 

Read More
Latihan Sukan pada minggu ini.

Latihan sukan pada miggu ini adalh seperti berikut

Hari Selasa (21 .6.11) Rumah Maju & Jaya

Jam 4.00 ptg - 6.00 ptg

 

Hari Khamis (23.6.11) Rumah Gagah & Perkasa

Jam 4.00 ptg - 6.00 ptg

Sukantara

Sukantara

Acara Sukantara sempena hari sukan sudah pun bermula. Mata akan dikumpul mengikut rumah sukan masing-masing.

 

Gambar

Read More
Semua aktiviti petang dibatalkan pada minggu ini.

Semua aktiviti petang pada minggu ini dibatalkan kerana murid-murid ada peperiksaan sekolah agama.

Jadual aktiviti untuk minggu hadapan akan diberitahu kelak.

PERATURAN BARU SEKOLAH

PERATURAN BARU SEKOLAH

Mulai 13/6/2011, pihak sekolah telah mengeluarkan peraturan baru iaitu semua murid dikehendaki membuka kasut sebelum masuk ke kelas masing-masing. Kasut-kasut yang telah bertanda mesti disusun diruang yang telah ditandakan. peraturan ini diadakn bagi memupuk disiplin dan semangat kebersihan di kalangan murid

Majlis Resepsi Cikgu Mohd Asri

Majlis Resepsi Cikgu Mohd Asri.

Gambar

Cikgu Mohd Asri B. Abd Rahman telah dinaikan pangkat menjadi Guru Besar di sekolah Sk Ser Bayu Teluk Kumbar Pulau Pinang. Hari ini ialah hari terakhir beliau di sekolah Seri Impian. Beliau merupakan salah seorang guru peneroka SK Seri Impian semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2001. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua warga SKSI. Warga SKSI mengucapkan Selamat bertugas di sekolah baru dan selamat maju jaya.

Selamat Kembali Ke Sekolah.

Selamat Kembali Ke Sekolah. Tanamkan azam baru.

SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah

klik untuk gambar

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKSI telah berjalan dengan meriahnya.Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah upacara memotong 30 biji kek untuk diberi kepada murid-murid, permainan futsal bersama murid, persembahan murid dan lain-lain.

Read More
SELAMAT HARI GURU

  SELAMAT HARI GURU 

Read More
PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1

PKSR 1 untuk Tahun 1-5 sedang berjalan mulai hari ini.

Semua Pelajar diminta menjawab dengan bersungguh-sungguh.

Klik Untuk Dapatkan Jadual

klik Untuk Dapatkan Jadual UPTP2 Tahun 6

Read More
Program Jalinan Antara Bangsa Guru Besar SPUT

Program Jalinan Antara Bangsa Guru Besar  Daerah SPUT

klik untuk gambar

Guru Besar SK Seri  Impian En Zakaria bin Othman telah mengikuti  Program Jalinan Antara Bangsa di Pholwitaya School Thailand Selama  3 hari  mulai  9hb-11hb Mei 2011.Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kepala sekolah di Utara Semenanjung dengan Wilayah Selatan Thailand.Program ini juga dapat membantu kedua belah pihak bertukar-tukar pengalaman dalam  menjayakan pendidikan masing-masing

Read More
PROGRAM PENUTUR BAHASA JATI

Program Penutur Bahasa Jati

Program penutur bahasa jati telah dijalankan di sekolah-sekolah seluruh malaysia. SK Seri Impian telah mendapat seorang mentor berasal dari Australia. Mr. Dean akan bersama-sama dengan guru bagi memastikan murid-murid mahir dalam Bahasa Inggeris.

KLIK sini untuk gambar

Read More
LATIHAN KEBAKARAN

Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran telah dijalankan 9/5/2011. Semua warga sekolah terlibat dalam latihan ini. Latihan diadakan bagi menyediakan warga sekolah semasa menghadapi kejadian sebenar.Latihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah

KLIK sini untuk gambar

Read More
NAIB JOHAN NEGERI DIVISYEN 2

Naib Johan Negeri Divisyen 2 Ragbi Rimau

Tahniah diucapkan kepada pasukan Ragbi Rimau SK Seri Impian kerana telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Ragbi Rimau Divisyen 2 Peringkat Negeri Bawah 12 Tahun.

 

Aktiviti Unit Beruniform

Aktiviti Unit Beruniform

Aktiviti seperti pertandingan membuat sandwich dan pertolongan cemas telah dijalankan oleh unit beruniform.

KLIK sini untuk gambar

Latihan Olahraga Rumah Maju & Jaya

Latihan Olahraga Untuk Rumah Maju dan Jaya

Latihan akan diadakan pada petang ni jam 4.00 ptg - 6.00 ptg


Lawatan Ke Karnival Sains & Teknologi

Lawatan Ke Karnival Sains & Teknologi

Satu lawatan telah diadakan ke Karnival sains & Teknologi yang bertempat di SMK Guar Perahu Indah dari 3/5 - 5/5/2011

KLIK sini untuk gambar

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan

Program Perkhemahan Unit Beruniform SKSI telah dapat dijalankan dengan jayanya. Perkhemahan telah diadakan di Taman Rekreasi Jarak pada 22-23/4/2011 yang lepas.

KLIK sini untuk gambar

Tempat Ke-2 Acara 20m Memanah Daerah

Tempat Ke-2 acara 20m memanah daerah

Wan Norsyawal B Abd Malek telah memperolehi tempat ke-2 dalam acara memanah 20 meter yang telah diadakan pada 20 April yang lepas. Kejohanan telah diadakan di SMK Batu Kawan. Beliau akan bertanding di peringkat negeri pada Mei nanti. Tahniah!

 

PROGRAM RASA HATI

Program Rasa Hati

Program Rasa Hati telah dijalankan pada 14/4/2011. Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan mengenalpasti masalah yang dihadapi antara guru dan murid yang telah dipilih.

NAIB JOHAN PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING

Naib Johan Pertandingan Choral Speaking

Tahniah..Pasukan Choral Speaking Seri Impian mendapat tempat kedua dalam pertandingan Choral Speaking Kelompok R18 yang bertempat di SJKC Jit Sin B

KONDUKTOR TERBAIK CHORAL SPEAKING

 Konduktor Terbaik Choral Speaking

Tahniah..Aida Sakinah Bt. Mohd Noraie telah mendapat anugerah Konduktor Terbaik pertandingan Choral Speaking  kelompok R18 .

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN BAHASA BERMADAH

Tempat ke-3 Pertadingan Bahasa Bermadah

Tahniah..Pasukan Bahasa Bermadah Seri Impian mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Bahasa Bermadah Kelompok R18 yang bertempat di Sk Guar Perahu

NAIB JOHAN PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT NEGERI

Naib Johan Pertandingan Laman Web Peringkat Negeri

Tahniah..Laman Web  Sekolah Seri Impian telah dipilih  menang tempat kedua dalam pertandingan Laman Web Sekolah-sekolah  seluruh Pulau Pinang.Hadiah dan sjil telah sampaikan  oleh Dato seri Reezal Merican bin Nana Merican dalam  majlis Anugerah di Dewan Mellinium Kepala Batas pada 6hb April 2011.

NAIB JOHAN PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT NEGERI

Naib Johan Pertandingan Laman Web Peringkat Negeri

Tahniah..Laman Web  Sekolah Seri Impian telah dipilih  menang tempat kedua dalam pertandingan Laman Web Sekolah-sekolah  seluruh Pulau Pinang.Hadiah dan sjil telah sampaikan  oleh Dato seri Reezal Merican bin Nana Merican dalam  majlis Anugerah di Dewan Mellinium Kepala Batas pada 6hb April 2011.

Read More
PERTANDINGAN BERCERITA KELOMPOK R18

PERTANDINGAN BERCERITA KELOMPOK R18

SK Seri Impian telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Bercerita Kelompok R18 yang telah diadakan pada 6.4.2011. Wakil SK Seri Impian, Aida Sakinah Bt mohd Noraie telah menjadi Naib Johan di dalam pertandingan tersebut.

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2011

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2011

SK Seri Impian telah menjalankan aktiviti Pertandingan Merentas Desa bagi tahun 2011 pada 31 /3/2011 yang lepas. Semua pelajar telah berjaya mengambil bahagian dan menamatkan larian.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat  Agung PIBG

Mesyuarat  Agung PIBG kali  ke 9 telah diadakan pada 26/2/2011 Jam 9.00 pagi di dean kantin SKSI.Mesyuarat Agung  telah dirasmikan Oleh Haji Mohamad Izudin bin Abdullah Penolong PPDT Akademik.Seramai  180 orang waris hadir dalam mesyuarat tersebut.

Read More
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 18/2/2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Fawwaz dari Pusat Urus Zakat

Program Jalinan Kasih 1/2011&Taklimat Program UPSR

Program Jalinan Kasih  Tahun 6 2011

Program Jalinan kasih telah diadakan pada 28/2/2011 (isnin)jam8.30 Malam bertempat di  dewan SMK guar perahu Indah.Penceramah jemputan ialah Ustaz Abdullah Khairi .Seramai 430 orang waris telah bersama dengan anak-anak masing dalam dalam program tersebut.Program ini merupakan salah satu aktiviti motivasi waris bersama murid sekolah SKSI.

Read More
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR

Selamat Hari Lahir

Selamat menyambut hari lahir bulan februari  buat Ustaz Mohamad Zaki ,Cikgu Hajjah Noraini Ariffin,Siti Hafizah Abd Hamid ,Noor Azura Alias,Khairul Asmizar,Norehan Zakaria Muktarah Salleh dan Norazila Harun Semuga panjang umur diberkati Allah S.W.T

Penilaian Modul P&P " Bahaya Racun "oleh USM dan WHO

Penilaian  Modul  P&P "bahaya Racun"

Pihak USM dengan kerjasam WHO telah  menjadikan sekolah Kebangsaan seri Impian  sebagai sekolah yang telah dipilih untuk mencuba modul dan menilai kaedah P&P dalam kelas mengenai tajuk bahaya racun.Seramai 20 orang murid tahun 4.5.6  telah mengikuti kelas P&P  tersebut  .Program ini telah diadakan pada hari rabu 18/1/2011.

Read More
Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat TKRS

Majlis  Penyampaian Kenaikan Pangkat  TKRS

Seramai 30  orang kadet TKRS  telah menerima  kenaikan pangkat sempena majlis penyampaian kenaikan pangkat pada hari rabu 19hb januari 2010.15 orang kadet telah menerima  pangkat sarjan  dan 15 lagi menerima  pangkat Lans kopral.Pemberian pangkat ini dinilai  semasa latihan dan kursus yang diadakan pada pertengahan November 2010.

Read More
Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Warga Sekolah SKSI BHD

Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Warga Sekolah SKSI BHD

Seramai 29 orang murid telah menerima wang zakat perniagaan dari Koperasi Warga Sekolah SKSI Berhad.Sumbangan Zakat telah disampaikan oleh Pengerusi Koperasi  SKSI Berhad En Zakaria Bin Othman.

Read More
Majlis Penyampaian Anugerah Program NILAM sesi 2010

Majlis Penyampaian  Anugerah Program NILAM  sesi 2010

Tiga  orang murid SKSI telah dianugerah sijil  NILAM   dan hadiah galakkan berupa sebuah basikal setiap seorang  sempena  program membaca (NILAM) sesi 2010.Mereka ialah Nurul Izzah bin Mohamad Noor tahun 4Intelek,Farah Zulaika bt Abd Rahman tahun 4 Sarjana dan Nur Hanisa bt Hakimi tahun 4 sarjana.Dalam majlis  ini juga  seramai 9 orang murid telah menerima sijil dan baucer hadiah Program NILAM sesi 2010 masing-masing.Hadiah Galakkan telah disampaikan oleh En Mohd Hasan  bin Mohamed Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tengah.

Read More
Hari Anugerah Cemerlang Akademik 2010

Hari Anugerah Cemerlang Akademik  sesi 2010

Hari Anugerah Cemerlang Akademik sesi 2010 telah diadakan pada hari jumaat 21hb Januari  2011  bertempat di Dewan SMK Guar Perahu Indah.Seramai 130 murid telah menerima  anugerah pencapaian masing-masing.Majlis telah dirasmikan oleh En Mohd Hasan Bin Mohamed Penolong  Pegawai Pelajaran  Daerah  Tengah .
 

Lawatan Pegawai-Pegawai Dari PPD Daerah Gombak

Lawatan Pegawai-Pegawai PPD Gombak

Seramai 40 orang pegawai-pegawai dari PPD gombak telah datang membuat lawatan penanda aras ke SK Seri Impian.Rombongan ini telah diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak sendiri.Tuan Pegawai  Pelajaran Daerah Tengah SPT  bersama guru besar SK Seri Impian dan pegawai dari PPD Tengah SPT telah menyambut dan meraikan kahadiran rombongan ini.Tuan Haji Mohd Zaki bin Haji Harun (PPD Tengah SPT) telah memberi taklimat Program LINUS .Rombongan telah melawat dan melihat sendiri bilik LINUS SK Seri Impian.
 

Read More
Majlis Penyampaian Sumbangan PIBG -Murid Cemerlang UPSR 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan PIBG Murid Cemerlang UPSR 2010

Seramai 13 orang murid sekolah SKSI yang cemerlang 5A dalam peperiksan UPSR 2010 telah menerima sumbangan wang berjumlah Rm100.00 setiap seorang dari PIBG  SKSI. Sumbangan telah disempurnakan oleh Haji Baharuddin selaku YDP PIBG.

Read More
Program Jaya Waris kali 6 2010

Program Jaya Waris Ke 6 2010

Program jaya waria kali 6 bagi sesi 2010 telah menutup tirai program motivasi waris tahun 2010.Seramai  500 orang waris serta murid tahun 6 dan 5 telah menghadiri program tersebut.Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim dari Pusat Repoduksi keluarga negara.Majlis diadakan di Dewan SMK Guar Perahu Indah.

Read More
Tahniah.. 5A UPSR 2010

Tahniah...5A  UPSR  2010

Seramai 13 orang murid SKSI telah berjaya memperolehi pencapaian A dalam  5 matapelajaran yang telah diambil.Pada tahun ini  keputusan pencapaian  sekurang-kurangnya Gred C  dalam lima matapelajaran meningkat 3% dari 67% tahun lalu  kepada 70% .

Read More
Pencapaian LINUS SK Seri Impian Mengatasi Target NKRA. Tahniah

Tahniah.SK Seri Impian telah berjaya meningkatkan peratus murid program LINUS ke arus perdana kepada 98.4%  mengatasi Target NKRA  90%(2010).Tahniah  kepada  semua warga SKSI  khususnya guru-guru  tahun 1  2010.

Majlis Penutup Senamrobikthon PIBG 2010

PIBG  berjaya mengadakan kutipan dana pembangunan pusat sumber  dan kegiatan ko-kurikulum  melalui  program senamrobikthon.Jumlah kutipan yang berjaya dipungut  sebanyak  Rm13,00.00.Majlis penutupan  program telah diadakan pada 30hb Oktober  2010 dan telah dirasmikan oleh En Mohd Hasan bin Mohamad  Penolong  Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tengah.Dana ini akan digunakan untuk pembangunan pusat sumber  dan Kegiatan kokurikulum murid SKSI.

Read More
Tokoh Ko-Kurikulum 2010

Mior Farhan Syamil  bin Mior Shaharuddin  dan Fatin Nor Adila bt  Johari telah  di nobatkan sebagai tokoh ko-kurikulum  bagi  tahun 2010.Anugerah telah disampaikan dalam majlis Hari Kemuncak Ko-kurikulum  SKSI 2010  yang telah diadakan pada 30hb OKT  2010  jam 8.00 pagi di Dewan SMK Guar Perahu Indah.Majlis  telah dirasmikan oleh En Mohd Hasan bin Mohamed  Penolong Pegawai  Pelajaran Daerah Tengah.

Read More
Hari Kemuncak Ko-kurikulum 2010

Hari Kemuncak Ko-kurikulum  SKSI 2010  telah diadakan pada 30hb OKT  2010  jam 8.00 pagi di Dewan SMK Guar Perahu Indah.Majlis  telah dirasmikan oleh En Mohd Hasan bin Mohamed  Penolong Pegawai  Pelajaran Daerah Tengah.Pelbagai pertandingan  dan persembahan telah diadakan seperti nasyid.sajak,nyanyian dan sketsa.Hadiah-hadiah kepada  pemenang  telah disampaikan oleh YDP PIBG.

Read More
Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 2 /2010

PKSR  2  akan  diadakan mulai  26hb-28hb Oktober  2010.Harap kepada semua waris dapat  mempastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi PKSR 2

Selamat Hari Lahir Buat Guru-Guru & Staf November

Selamat Menyambut Hari Lahir buat cikgu Cik Salmah Noor,Norjunainy Alno'man,Mohamad Hosnin Jaafar,Ustazah Raihan Nasir,Fauziah Awang Ahmad ,Ustaz Husni Mohamad dan Puan Mariam Said.

Peperiksaan UPSR 2010

 

Peperiksaan UPSR  2010 telah diadakan pada  21hb-23hb September  2010.Seramai   111 murid  tahun 6   dari  SK Seri Impian  telah   menduduki peperiksaan tersebut .Selamat Berjaya

Read More
Majlis Solat Hajat & Bacaan Surah Yasin Untuk Murid-Murid UPSR 2010


Majlis Solat Hajat & Bacaan  Surah Yasin untuk  murid-murid  tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan  UPSR akan telah diadakan pada 18hb September 2010  jam 6.45  petang  di Masjid  Jamek  Saidina  Abu Bakar  Al -Siddiq  Taman  Guar  Perahu  Semua waris terlibat  hadir.

Read More
Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 3hb Septembar  2010 .Program diadakan mulai jam 9.30 pagi dan selesai jam 12.00 tengahari.Dalam majlis tersebut juga telah disampaikan bantuan zakat dari Bank Rakyat kepada 20 orang murid yang layak.Majlis telah disempurnakan  oleh Guru Besar SKSI.

Read More
Pasukan Bowling Padang Perempuan SKSI Juara MSSPP Peringkat Negeri

SKSI  Juara Bowling Padang MSSPP Peringkat Negeri 2010 Pasukan Perempuan bowling padang  SKSI telah menjadi  Johan  pertandingan  bowling padang MSSPP  peringkat negeri yang telah diadakan di stadium Bertam.Pasukan bowling padang lelaki  mendapat tempat ke tiga.

Read More
Program Expres UPSR 2010 di ILP Kepala Batas

Program  Express UPSR  5A dan Lulus 80%  telah diadakan di ILP Kepala Batas  selama  3 hari mulai  1hb-3 hb September 2010.Seramai 200 murid sasaran 5A dari sekolah SK Seri Impian,SK Penaga,SK Seri Penanti dan SK Ptg Tok Kandu hadir.Program ini adalah kerjasama 4 Guru Besar  4 buah sekolah terlibat dengan  kerjasama Pegawai Pelajaran Daerah Tengah dan Utara.

Read More
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53

Sambutan Hari  Kemerdekaan  ke 53 peringkat sekolah telah diadakan  pada hari rabu 1hb September  2010.Pelbagai  acara telah dipersembahkan antaranya  nyanyian lagu patriotik,sajak,persembahan lagu seloka  30 ogos merdeka.

Read More
Program Motivasi Tahun 6

Program  Motivasi Tahun 6 kumpulan 1 dan 2 telah diadakan pada 27hb Mac 2010 di Surau SKSI bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 Tgh.Seramai 60 orang murid tahun 6 Sarjana dan 6 Intelek telah mengikuti program ini.Guru Besar sebagai  Fasilitator mengendalikan program tersebut.

Read More
Program Jaya Waris kali 3

Program  Jaya Waris kali tiga telah diadakan pada  8.30 malam 26hb Mac 2010  di Dewan Ibnu Sina SMK Guar Perahu.Fasilitator khas  yang dijemput  bersama dengan  waris dalam program  tersebuat  ialah Ustaz  Hj Ramli  bin Hj Shafie  mantan  pengetua SMKA  Yan,Kedah.Tajuk yang dikongsikan bersama waris ialah 'Anakku Permataku".Seramai 300 lebih waris hadir  mengikuti program tersebut.Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKSI  Hj Baharuddin bin Ismail.

Read More
Pertandingan Bowling MSSPP Peringkat Negeri

Sekolah  SK Seri  Impaian  telah menghantar dua orang  peserta  dalam pertandingan  Bowling  MSSPP  peringkat  Negeri  pada  24hb Mac 2010 .Pertandingan  telah diadakan di Gelanggang Bowling Mega Mall Perai.

Read More
Program Sambutan Maulidur Rasul

Program  Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 7.30 pagi hari jumaat 5hb Mac 2010.Tema tahun ini ialah"Memantapkan Ukhwah memperkasakan Ummah".Penceramah jemputan ialah ustaz Khairul Fitri dari SABK DM Wataniah Kepala Batas.Semua murid Pra sekolah dan Murid tahun 1-6 mengikuti program tersebut.Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKSI  En Zakaria bin Othman.

Read More
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9

Mesyuarat Agung  PIBG SK Seri Impian Kali 9 diadakan pada 26 Feb 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Kantin SKSI.Semua Waris dijemput hadir.

Read More
Peperiksaan PKSR 1 dan UPTP 2 Mulai 17hb -20hb Mei 2010

Peperiksaan PKSR 1(tahun1-5) dan UPTP 2  (tahun 6)akan  diadakan mulai  17hb-20hb Mei 2010.Harap kepada semua waris dapat  mempastikan anak-anak mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan tersebut.Download  Jadual

Read More
PERANCANGAN AKTIVITI KELOMPOK R18 2010

Read More
Mesyuarat Kelompok Sekolah Rendah R18

Mesyuarat Kelompok Sekolah Rendah R18

Tarikh: 29hb Mac 2010

Masa : 2.30 pagi

Tempat: SK Seri Impian

Semua Guru Besar Ahli Kelompok R18 dijemput Hadir

Read More
SK Seri Impian Tuan Rumah Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Ptg Pauh

Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Ptg Pauh akan berlangsung pada 2hb dan 3hb Mac 2010 di Padang SK Seri Impian.Kejohanan ini akan bermula pada jam2.30 ptg .Sebanyak 17 pasukan dari sekolah-sekolah Zon Ptg pauh akan mengambil bahagian.Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Noor bin Othman Pengerusi MSSPP Zon Ptg Pauh pada 3hb Mac 2010 jam 5.00 ptg.

Read More
PROGRAM MEMBACA 2010

Program Membaca 2010

Program membaca 2010 telah dilancarkan dengan rasmi pada 22hb Feb 2010.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSI En Zakaria bin Othman.Program ini akan berlangsung dari  bulan Februari hingga  November 2010.Hadiah galakkan berupa 2 buah basikal telah disediakan kepada murid yang mencapai taraf NILAM .Murid diwajibkan setiap pagi 10 minit sebelum masuk ke kelas mesti membaca buku.Guru telah dilantik sebagai fasilitator pada  setiap kumpulan murid bagi memastikan program membaca ini berjaya.Pihak sekolah juga telah mendapat kerjasama dari koperasi USM Kepala Batas dalam program ""school Attack"" bagi menyaidakan hadiah galakkan dan pameran penjualan buku untuk murid.


Read More
PROGRAM MOTIVASI MURID/WARIS TAHUN 5 & 6

Program Motivasi Murid/Waris Tahun 5 dan 6

Program Motivasi Waris Tahun 5 dan 6  telah diadakan pada 12/2/2010  jam 8.30  malam  di dewan Besar SMK Guar Perahu.Seramai 500 orang terdiri dari waris dan murid  telah menyertai  program tersebut.Penceramah jemputan  ialah  Cikgu Chek Ahmad  bin Daud dari SMK Teknik Kulim.Program tersebut tamat pada pukul 11.00 malam.Objektif utama program ini ialah untuk mengajak ibu/bapa bersama -sama dengan pihak sekolah dalam menjayakan pendidikan anak-anak mereka.Program ini telah memberi peluang kepada ibubapa mendapatkan maklumat dan tip dalam membantu pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

 


Read More
RUMAH IMPIAN GAGAH JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA SKSI 2010

 

Rumah Impian Gagah Johan Keseluruhan Acara Olahraga SKSI 2010

Pasukan  rumah Impian Gagah  telah berjaya  membawa  pulang piala  johan keseluruhan  acara  olahraga  dalam kejohanan  olahraga  SKSI 2010.

"

Read More
SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SKSI 2010 PADA HARI SABTU 6HB FEBRUARI 2010 JAM 7.45 PAGI
"

SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SKSI 2010

Acara  Sukan Olahraga Tahunan SKSI  2010  akan diadakan  pada  6hb Februari  2010 hari Sabtu  jam 7.45 pagi .Semua Ibubapa  dijemput  hadir . 60 acara akan dipertandingkan.Peserta dari rumah Impian Maju,Impian Jaya,Impian Gagah dan Impian Perkasa akan berentap menunjukkan kejaguhan masing-masing.

Sukantara akan diadakan pada setiap hari mulai 25hb-28hb Januari 2010  jam 4.30 ptg seperti jadual berikut:

Isnin:Rumah Impian Maju dan Impian Jaya

Selasa :Rumah Impian Gagah dan Impian Perkasa

                                 Rabu :  Rumah Impian Maju dan Impian Jaya

                                 Khamis :Rumah Impian Gagah dan Impian Perkasa

" Read More
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2009

MAJLIS ANUGERAH  CEMERLANG 2009

Majlis  Anugerah Cemerlang 2009  telah diadakan  pada hari sabtu 23hb januari 2010 jam 10.30 pagi.Majlis tersebut telah dirasmikan  oleh YDP PIBG  SKSI  Hj Baharuddin bin Hj Ismail.Seramai  90 orang murid tahun 1 hungga tahun 5 telah menerima hadiah kecemerlangan mereka masing-masing.

Read More
SKSI NAIB JOHAN ACARA PASUKAN SEPAK TAKRAW MSSPP ZON PTG PAUH

SKSI  Naib Johan Acara Pasukan Kejohanan Sepak Takraw  MSSPP  Zon Ptg Pauh

Pasukan  Sepak Takraw  SKSI  telah  berjaya  menjadi  naib johan  acara  pasukan  kejohanan  sepak takraw     zon Ptg Pauh  .Pasukan  SKSI  telah  bertemu  pasukan  tuan rumah  iaitu  SK Bandar  Baru Perda  dalam  perlawanan akhir  pada  3hb  Feb 2010   di dewan  terbuka  SK Bandar Baru Perda.Sebanyak  16  sekolah telah mengambil bahagian  dalam kejohanan tersebut.



 

"

Read More
CUTI GANTI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA 2010
"

CUTI GANTI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA 2010

Sempena cuti Tahun Baru Cina 2010 Sekolah SKSI  akan bercuti selama 5 hari mulai  dari 15hb hingga 19hb Februari 2010.

" Read More
Program Motivasi Tahun 6/2010

Program Motivasi tahun 6 telah diadakan  pada 8/1/2010 jam 8.00 malam bertempat di Dewan SMK Guar Perahu. Seramai 115 murid tahun 6  bersama waris / ibubapa telah hadir. Program ini  dikendalikan  oleh En Mazlan bin Ahmad Sabari Guru Bimbingan SK Jalan Baru, Perai. Program dirasmikan oleh YDP PIBG SKSI.  

 

"

Read More
Pelancaran Program RASAHATI

Program RASAHATI  telah dilancarkan  secara rasmi  pada hari rabu 13/1/2010  oleh Guru Besar  SKSI

Read More
Program Suaikenal Tahun 1/2010

Program suaikenal bagi murid tahun 1/2010  telah diadakan pada 31/12/2009 .Seramai 122 orang murid baru bersama ibubapa masing-masing telah hadir.Taklimat kepada waris/ibubapa telah disampaikan oleh Guru Besar SKSI En Zakaria bin Othman.Pada hari ini semua waris dapat berkenalan dengan guru kelas anak-nak mereka .Pada hari ini juga ibubapa membeli alatulis,buku rampaian yang dijual di Koperasi SKSI .Program tamat pada jam 12.00 tengahari.

Read More
Taklimat Pemantauan Program Zoom A

Pemantauan Program Zoom A untuk ibubapa/waris tahun 6 telah diadakan pada hari jumaat 22/1/2010 jam 8.00 malam di dewan kantin SKSI.Tujuan program ini  ialah untuk  memberi pendedahan  kepada ibubapa /waris  tahun 6 mengenai  perjalanan program interaktif  zoom A  yang digunakan oleh anak-anak mereka.Pendedahan ini perlu bagi semua ibubapa/waris  mengetahui  bagaimana  mereka dapat membantu menjalankan pemantauan program ini untuk kemajuan peningkatan pencapaian  cemerlang anak-anak mereka dalam UPSR 2010.Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar SKSI En Zakaria bin Othman.

Read More
Padangan tentang laman Web

Berikan pandangan dan komen anda tentang laman web ini

Read More
NKRA Pendidikan

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Read More
Minit Mesyuarat

Mesyuarat PIBG yang lalu telah dilaksanakan dengan jayanya. Pihak Sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih  kepada ibubapa / waris yang hadir. Anda boleh dapatkan minit mesyuarat kali ke-50 dengan Klik disini

Read More
Selamat Datang ke laman web sekolah

Pihak Sekolah ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke laman web sekolah ini. Pihak sekolah akan berkongsi maklumat dengan anda bagi meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar-pelajar.

Read More
Hari Guru

SELAMAT  HARI GURU

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Read More